Ummu Nisa

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

Tuesday, January 18, 2011

Seronoknya bila dah pandai membaca...

Assalamualaikum w.r..

Semenjak tak kerja ni, macam-macam perkara nak dibuat, especially nak buat flashcard Humaira'...jadi 'gian' pula jadinya nak buat flashcard...dulu waktu mengajar,masa tu agak terhad.
Alhamdulillah setakat ni dah buat flashcard dan chart untuk sukukata KVKV bacaan yang mudah...dan alhamdulillah Humaira' dah boleh membaca bacaan untuk sukukata mudah. Insyaallah bi'iznillah nak target untuk dia masuk ke sukukata KVKVK sebelum due bulan Februari ni...moga dipermudahkan Allah..
Tapi nampak keseronokannya bila dah mula pandai membaca, walaupun pada mulanya dia nampak tertekan;-),sekarang bila nampak sahaja dimana2 sukukata yang dia dah belajar dia akan sebut, begitu juga bacaan Iqra'nya, apa saja perkataan yang dijumpainya dalam Muqaddamnya atau buku bahasa arab dia akan bunyikan...Alhamdulillah..
Insyaallah..in progress : simple addition dan substraction, juga bacaan untuk English menggunakan keywords dan phonics...
Sahabat-sahabat yang ada idea dan berpengalaman boleh berkongsi bersama2 sahabiah lain...

Saturday, January 8, 2011

Si Kecil Mula Membaca...??

Assalamualaikum w.r..

Semua ibubapa gembira bila anak seusia yang kecil, mungkin seawal 4 tahun dimana sianak dah mula jelas menyebut bunyi sudah pandai membaca sukukata mudah. Saya ingat lagi sewaktu saya bersekolah, dulu rasanya dalam awal 90-an, kita dikejutkan dengan kanak-kanak 4 tahun yang sudah pandai membaca. Wah...kanak-kanak ajaib..memang ajaib..

Tapi kini sebenarnya kita tahu ada teknik2 tertentu yang memudahkan dan membantu ibubapa dan guru mengajar anak-anak seusia yang kecil untuk membaca. Saya sekadar berkongsikan pengalaman mengajar anak-anak kecil di tadika dan juga anak saya sendiri.
Insyaallah, saya juga mengharap ada perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain.

Secara umumnya, kaedah cepat membaca ini dimulai dengan mengenalkan pada bunyi huruf tersebut ~ pendekatan fonetik (saya menggunakan buku-buku siri Bacalah Anakku, Bijak Baca),dan dalam Bahasa Inggeris yang biasa kami gunakan di tadika melalui pendekatan fonetik (saya menggunakan buku-buku siri Read Easy, Phonics) dan katakunci (keyword ~ saya menggunakan buku Ladybird Reading Scheme, namun ada juga pakej buku-buku lain yang menggunakan teknik yang sama). Saya menggabungkan teknik-teknik ini dan cara lama dengan mengeja untuk Humaira, alhamdulillah. Bagi anak-anak di tadika saya telah cuba menggunakan teknik fonetik ini, alhamdulillah apabila mereka dah mengetahui sukukata-sukukata mudah mereka dengan seronoknya dan cepatnya boleh dan mahu untuk melanjutkan ke siri-siri seterusnya.

Sekarang memang banyak teknik-teknik yang boleh diikuti oleh ibubapa dan guru-guru bagi mengajar sikecil supaya cepat menguasai pembacaan, pengiraan, malah hafazan seawal usia mereka. Moga Allah mempermudahkan urusan kita terhadap anak-anak dan menerangkan hati si kecil untuk mudah menerima ilmu...insyaallah.

Monday, January 3, 2011

Humaira ke sekolah...

Assalamualaikum w.r..

Alhamdulillah...dapat juga menulis. Amat jarang untuk mengupdate blog, ada info2 yang nak dishare...insyaallah 2011 ni saya cuba untuk share dengan sahabat2, sahabat2 jua begitu mengenai tarbiyatul untuk anak2 kita..

Oh...ya selamat tahun baru saya ucapkan pada semua yang menyinggah di kebun saya ini. Hari ini juga hari pertama anak- anak kita memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun ini bagi sebahagian negeri2 di Malaysia. Bagi saya dan suami juga tidak ketinggalan untuk menghantar buah hati kami, Humaira yang secara rasminya ke sekolah pada tahun ini. Walaupun sebelum ini, dia dah biasa ke sekolah...tapi kali ini lebih bermakna buatnya, kalau sebelum ini, hanya mengikut uminya, kali ini Humaira ' akan belajar berdikari dan perlu berusaha menandingi anak2 sebayanya 5 tahun(walaupun dia baru sahaja mencecah 4 tahun). Nampak abinya excited memerhati dari tingkap PASTI melihat Humaira' melaksanakan arahan gurunya.
Umi pun tak putus doa padamu sayang...agar pengajaran gurumu dapat diterima dengan mudah dan dirimu dapat menilai sesuatu perkara yang diterima bukan hanya dengan 'mata akal' tapi jua 'mata hati'....Bukan mudah melepaskanmu...rasa sekejap saja Humaira' sentiasa bersama umi. Umi dan abi harap 'bekalan2' yang selalu di beri padamu menjadi panduan untukmu mula berdikari...
Tak pernah2 juga dibuatnya....selesai saja salam solat maghrib, Humaira tertidur atas sejadah dengan kain telekung yang tak berbuka lagi...kepenatan agaknya..

Humaira'....moga membesar dirimu dalam didikan Allah yang Maha Benar, dipelihara dirimu dalam peliharaan Allah yang Maha Memelihara...ameen...