Ummu Nisa

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

Friday, December 10, 2010

Anak lebih cerdas di bimbing ayah....

Sebuah kesimpulan hasil penelitian terbaru di Amerika menunjukkan bahwa sang anak yang dibimbing hingga dewasa oleh ayahnya, kecerdasannya akan sedikit lebih tinggi. Mereka akan memperoleh prestasi yang lebih baik di sekolah, dan lebih mudah berhasil di masyarakat.
Setelah ahli menelitinya berpendapat, bahwa ayah mempunyai karakter yang lebih keras dalam segi mendidik anak.

Dalam hal membina watak atau mutu pada anak, dan mengembangkan bakat-bakat dalam segi apa saja, dalam benak ayah umumnya mempunyai rencana. Harus bagaimana, dan prasyarat apa saja yang diperlukan, adalah lebih jelas dan terarah, sedangkan ibu agak kurang dalam segi-segi tersebut. Majoriti ibu mempunyai harapan yang agak tinggi terhadap anak, namun dalam pendidikan secara nyata, ibu acap kali menunjukkan rancangan yang semu.

Dilihat dari isi pendidikan, dalam penyampaian wawasan pengetahuan, dan dari segi wawasan pengetahuan umumnya pengetahuan seorang ayah lebih luas dibanding ibu, lagi pula dalam sejarah, ilmu bumi, dan filsafat, sang ayah selalu lebih luas dibanding ibu.

Oleh sebab itu, yang semakin banyak diceritakan sang ayah pada anak adalah kisah tentang sejarah, adat istiadat berbagai daerah, tokoh pahlawan dan lain sebagainya. Sebaliknya seorang ibu, biasanya hanya menceritakan kisah dongeng pada si anak, dan mengenai cerita yang berkaitan tentang sejarah, ilmu bumi dan filsafat agak kurang diceritakan, dan ini dalam membuka medan penglihatan maupun pengetahuan secara luas pada anak akan kurang baik.

Dalam membimbing kebiasaan hidup sehari-hari, ayah mendidik anak harus mandiri dan tegas, memiliki mental yang berani dan jiwa petualangan. Mereka (sang ayah) menyuruh si anak turut serta memperbaiki peralatan elektronik rumah yang simple,dan menyuruh si anak agar berani belajar naik basikal, membawa mereka mendaki gunung, lomba lari.

Sedangkan ibu selalu hanya berfikir melindungi si anak, dan ketika si anak mengikuti beberapa program yang mengandung risiko serta suatu hal yang rumit, mereka (sang ibu) selalu merasa cemas atau khawatir si anak tidak hati-hati akan mengalami kemalangan, atau kepenatan.

Disemak dari pola pendidikan, umumnya ayah akan mendorong semangat si anak untuk berpfkir dan mengerjakannya sendiri, sedangkan ibu lebih suka membantu si anak mengerjakan hal yang dapat mereka kerjakan sendiri. Tuntutan irasional yang dikemukakan ayah terhadap si anak, umumnya lebih keras dalam bersikap, sedangkan ibu acap kali lemah lembut.

Apabila ayah membawa si anak berjalan-jalan, benda seperti makanan kecil jarang dilihat, sebaliknya kalau sang ibu membawa si anak jalan-jalan, yang sering dilihat makanan itu.

~Ini adalah hanya berdasarkan kajian, pada saya ada jua kebenarannya...ya jiwa ayah lebih keras berbanding ibu...apapun combination tarbiah ayah dan ibu menjadikan anak lebih cepat matang, lebih lagi cerdas dan insyaallah mampu untuk menilai sesuatu (berdikari) di zaman mereka ini. Sebagai ibubapa kita memberikan mereka 'bekalan' untuk mereka dalam 'perjalanan' kehidupan akan datang.

~ummunisamuhammad~

Wednesday, December 8, 2010

PANDUAN MEMBUDAYAKAN MEMBACA bersama KELUARGA

• Peruntukkan Masa Membaca Bersama Keluarga

Ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang tetap untuk membaca bersama keluarga umpamanya pada cuti hujung minggu. Peruntukan masa ini amat perlu untuk membolehkan ahli keluarga berkumpul bagi menyertai aktiviti membaca bersama dengan membaca bahan bacaan yang digemari sama ada buku, majalah, novel, kitab agama at au lain-lain bahan bacaan. Waktu membaca bersama ini boleh dimanfaatkan oleh ahli keluarga untuk berkongsi bahan bacaan di samping mendalami ilmu pengetahuan. Ibu bapa boleh berkongsi maklumat daripada bahan yang dibaca kepada anak-anak dan anak-anak pula boleh berkongsi bahan bacaan yang dibaca sesama ahli keluarga. Bagi menggalakkan suasana pembacaan,wujudkan ruang membaca yang selesa dan terang.

• Jadikan Sesi Bercerita Sebagai Amalan Sekeluarga

Ahli keluarga perlu terlibat sama dalam sesi bercerita bersama keluarga. Adakan sesi bercerita mengikut giliran dan jadikan sesi ini sebagai rutin dalam kehidupan seharian. Cerita boleh terdiri daripada cerita rakyat, cerita binatang, cerita agama
dan cerita-cerita yang boleh memberi pengajaran dan panduan yang berguna dalam kehidupan. Aktiviti ini akan menjadi lebih menarik sekiranya ibu bapa dapat memberikan cenderamata kepada anak-anak sebagai dorongan kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti bercerita. Ibu bapa juga perlu meluangkan sedikit masa untuk membaca kepada anak-anak. Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 15 minit ketika waktu lapang atau sebelum anak-anak tidur untuk membacakan cerita kepada mereka.

• Wujudkan Sudut Bacaan di Rumah

Amalan membaca sekeluarga amat berkesan dipraktikkan sekiranya diwujudkan sudut bacaan di rumah. Kumpulkan bahan-bahan bacaan keluarga dan tempatkan di sudut yang santai dan tenang. Lazimnya kebanyakan keluarga telah mempunyai bahan bacaan sendiri yang dibeli dari kedai buku atau pesta buku serta hadiah dari saudara mara atau kenalan. Bahan-bahan ini jika dikumpulkan dan disusun dengan sempurna bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh seluruh ahli keluarga, malah saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

• Bawa Buku ke Mana-mana

Amalkan membawa dan membaca buku bersama keluarga ketika berkelah, melancong, balik kampung atau ketika bercuti. Membaca merupakan cara terbaik untuk menghabiskan masa ketika dalam perjalanan sama ada semasa menaiki kereta, bas, kereta api, feri atau kapal terbang. Bacalah buku, majalah, novel, suratkhabar atau apa sahaja bahan bacaan yang sesuai. Isikan masa santai dengan membaca bersama ahli keluarga ketika berada di tepi pantai, tempat-tempat peranginan, perkelahan atau ketika berehat di hotel penginapan. Amalkan membaca tanpa mengira masa dan tempat.

• Kunjungi Perpustakaan, Kedai Buku dan Pesta Buku

Jadikan aktiviti mengunjungi perpustakaan, kedai buku dan pesta buku sebagai salah satu aktiviti utama keluarga. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mendaftar sebagai ahli di perpustakaan desa, sekolah, cawangan, Perpustakaan Awam Negeri atau lain-lain perpustakaan untuk membolehkan anggota keluarga meminjam buku. Ketika mengunjungi kompleks membeli belah, bawalah anak-anak mengunjungi kedai buku dan bantu mereka dalam membuat pemilihan bahan bacaan. Cara ini dapat melatih ahli keluarga untuk memilih bahan bacaan yang digemari dan mengikut kesesuaian. Kunjungi juga pes!a buku yang diadakan di tempat tinggal yang berdekatan bagi memupuk minat ahli keluarga kepada bahan bacaan dan seterusnya menggalakkan membaca.

• Hadiahkan Buku atau Bahan Bacaan Sempena Hari-hari Istimewa

Keluarga perlu mengubah pemberian hadiah sempena hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan, hari ibu atau hari bapa daripada berbentuk cenderamata kepada buku atau bahan bacaan bukan buku. Sekarang ini terdapat banyak buku dan bahan audio visual pembacaan di pasaran yang dihasilkan oleh penerbit-penerbit yang ternama. Banyak novel dan bahan ilmiah yang diterbitkan dalam bentuk cakera padat dan cakera video digital yang boleh dibaca, didengar dan ditonton serta boleh dikongsi bersama oleh ahli keluarga. Bahan-bahan bacaan ini boleh menyuburkan minat membaca ahli keluarga.

• Ibu Bapa Sebagai Individu Contoh Mengamalkan Membaca Kepada Anak-anak

Ibu bapa adalah contoh terbaik kepada anak-anak untuk mewujudkan budaya gemar membaca di kalangan ahli keluarga. Ibu bapa perlu terlebih dahulu mengamalkan membaca bagi membentuk sikap positif anak-anak kepada tabiat membaca terutamanya membaca bahan bacaan yang berkualiti dan bermaklumat. Sikap positif ini akan melahirkan ahli keluarga yang menghargai buku dan ilmu serta memastikan membaca untuk kemajuan diri dan keluarga.

• Adakan Aktiviti-aktiviti Sampingan Berkaitan Pembacaan

Minat membaca di kalangan keluarga boleh dipupuk dengan mengadakan aktiviti- ktiviti berkaitan pembacaan sebagai aktiviti sampingan bersama. Aktiviti yang ada
kaitan dengan pembacaan ialah kuiz keluarga, teka silang kata, teka kata, bina perkataan, kraf tangan mudah dan permainan yang menguji minda seperti dam, catur dan sahibba (scrabble). Adakan juga aktiviti permainan tradisional dan berbentuk pembelajaran seperti congkak dan batu seremban. Aktiviti ini akan menguji kemahiran, keupayaan berfikir dan pengetahuan daripada pembacaan meliputi perbendaharaan kata, bahasa, matematik dan pengetahuan am. Aktiviti-aktiviti sampingan ini akan merangsang minat ahli keluarga untuk lebih mendalami ilmu pengetahuan dan menjadikan membaca sebagai amalan.