Ummu Nisa

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

Tuesday, January 18, 2011

Seronoknya bila dah pandai membaca...

Assalamualaikum w.r..

Semenjak tak kerja ni, macam-macam perkara nak dibuat, especially nak buat flashcard Humaira'...jadi 'gian' pula jadinya nak buat flashcard...dulu waktu mengajar,masa tu agak terhad.
Alhamdulillah setakat ni dah buat flashcard dan chart untuk sukukata KVKV bacaan yang mudah...dan alhamdulillah Humaira' dah boleh membaca bacaan untuk sukukata mudah. Insyaallah bi'iznillah nak target untuk dia masuk ke sukukata KVKVK sebelum due bulan Februari ni...moga dipermudahkan Allah..
Tapi nampak keseronokannya bila dah mula pandai membaca, walaupun pada mulanya dia nampak tertekan;-),sekarang bila nampak sahaja dimana2 sukukata yang dia dah belajar dia akan sebut, begitu juga bacaan Iqra'nya, apa saja perkataan yang dijumpainya dalam Muqaddamnya atau buku bahasa arab dia akan bunyikan...Alhamdulillah..
Insyaallah..in progress : simple addition dan substraction, juga bacaan untuk English menggunakan keywords dan phonics...
Sahabat-sahabat yang ada idea dan berpengalaman boleh berkongsi bersama2 sahabiah lain...

Saturday, January 8, 2011

Si Kecil Mula Membaca...??

Assalamualaikum w.r..

Semua ibubapa gembira bila anak seusia yang kecil, mungkin seawal 4 tahun dimana sianak dah mula jelas menyebut bunyi sudah pandai membaca sukukata mudah. Saya ingat lagi sewaktu saya bersekolah, dulu rasanya dalam awal 90-an, kita dikejutkan dengan kanak-kanak 4 tahun yang sudah pandai membaca. Wah...kanak-kanak ajaib..memang ajaib..

Tapi kini sebenarnya kita tahu ada teknik2 tertentu yang memudahkan dan membantu ibubapa dan guru mengajar anak-anak seusia yang kecil untuk membaca. Saya sekadar berkongsikan pengalaman mengajar anak-anak kecil di tadika dan juga anak saya sendiri.
Insyaallah, saya juga mengharap ada perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain.

Secara umumnya, kaedah cepat membaca ini dimulai dengan mengenalkan pada bunyi huruf tersebut ~ pendekatan fonetik (saya menggunakan buku-buku siri Bacalah Anakku, Bijak Baca),dan dalam Bahasa Inggeris yang biasa kami gunakan di tadika melalui pendekatan fonetik (saya menggunakan buku-buku siri Read Easy, Phonics) dan katakunci (keyword ~ saya menggunakan buku Ladybird Reading Scheme, namun ada juga pakej buku-buku lain yang menggunakan teknik yang sama). Saya menggabungkan teknik-teknik ini dan cara lama dengan mengeja untuk Humaira, alhamdulillah. Bagi anak-anak di tadika saya telah cuba menggunakan teknik fonetik ini, alhamdulillah apabila mereka dah mengetahui sukukata-sukukata mudah mereka dengan seronoknya dan cepatnya boleh dan mahu untuk melanjutkan ke siri-siri seterusnya.

Sekarang memang banyak teknik-teknik yang boleh diikuti oleh ibubapa dan guru-guru bagi mengajar sikecil supaya cepat menguasai pembacaan, pengiraan, malah hafazan seawal usia mereka. Moga Allah mempermudahkan urusan kita terhadap anak-anak dan menerangkan hati si kecil untuk mudah menerima ilmu...insyaallah.

Monday, January 3, 2011

Humaira ke sekolah...

Assalamualaikum w.r..

Alhamdulillah...dapat juga menulis. Amat jarang untuk mengupdate blog, ada info2 yang nak dishare...insyaallah 2011 ni saya cuba untuk share dengan sahabat2, sahabat2 jua begitu mengenai tarbiyatul untuk anak2 kita..

Oh...ya selamat tahun baru saya ucapkan pada semua yang menyinggah di kebun saya ini. Hari ini juga hari pertama anak- anak kita memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun ini bagi sebahagian negeri2 di Malaysia. Bagi saya dan suami juga tidak ketinggalan untuk menghantar buah hati kami, Humaira yang secara rasminya ke sekolah pada tahun ini. Walaupun sebelum ini, dia dah biasa ke sekolah...tapi kali ini lebih bermakna buatnya, kalau sebelum ini, hanya mengikut uminya, kali ini Humaira ' akan belajar berdikari dan perlu berusaha menandingi anak2 sebayanya 5 tahun(walaupun dia baru sahaja mencecah 4 tahun). Nampak abinya excited memerhati dari tingkap PASTI melihat Humaira' melaksanakan arahan gurunya.
Umi pun tak putus doa padamu sayang...agar pengajaran gurumu dapat diterima dengan mudah dan dirimu dapat menilai sesuatu perkara yang diterima bukan hanya dengan 'mata akal' tapi jua 'mata hati'....Bukan mudah melepaskanmu...rasa sekejap saja Humaira' sentiasa bersama umi. Umi dan abi harap 'bekalan2' yang selalu di beri padamu menjadi panduan untukmu mula berdikari...
Tak pernah2 juga dibuatnya....selesai saja salam solat maghrib, Humaira tertidur atas sejadah dengan kain telekung yang tak berbuka lagi...kepenatan agaknya..

Humaira'....moga membesar dirimu dalam didikan Allah yang Maha Benar, dipelihara dirimu dalam peliharaan Allah yang Maha Memelihara...ameen...

Friday, December 10, 2010

Anak lebih cerdas di bimbing ayah....

Sebuah kesimpulan hasil penelitian terbaru di Amerika menunjukkan bahwa sang anak yang dibimbing hingga dewasa oleh ayahnya, kecerdasannya akan sedikit lebih tinggi. Mereka akan memperoleh prestasi yang lebih baik di sekolah, dan lebih mudah berhasil di masyarakat.
Setelah ahli menelitinya berpendapat, bahwa ayah mempunyai karakter yang lebih keras dalam segi mendidik anak.

Dalam hal membina watak atau mutu pada anak, dan mengembangkan bakat-bakat dalam segi apa saja, dalam benak ayah umumnya mempunyai rencana. Harus bagaimana, dan prasyarat apa saja yang diperlukan, adalah lebih jelas dan terarah, sedangkan ibu agak kurang dalam segi-segi tersebut. Majoriti ibu mempunyai harapan yang agak tinggi terhadap anak, namun dalam pendidikan secara nyata, ibu acap kali menunjukkan rancangan yang semu.

Dilihat dari isi pendidikan, dalam penyampaian wawasan pengetahuan, dan dari segi wawasan pengetahuan umumnya pengetahuan seorang ayah lebih luas dibanding ibu, lagi pula dalam sejarah, ilmu bumi, dan filsafat, sang ayah selalu lebih luas dibanding ibu.

Oleh sebab itu, yang semakin banyak diceritakan sang ayah pada anak adalah kisah tentang sejarah, adat istiadat berbagai daerah, tokoh pahlawan dan lain sebagainya. Sebaliknya seorang ibu, biasanya hanya menceritakan kisah dongeng pada si anak, dan mengenai cerita yang berkaitan tentang sejarah, ilmu bumi dan filsafat agak kurang diceritakan, dan ini dalam membuka medan penglihatan maupun pengetahuan secara luas pada anak akan kurang baik.

Dalam membimbing kebiasaan hidup sehari-hari, ayah mendidik anak harus mandiri dan tegas, memiliki mental yang berani dan jiwa petualangan. Mereka (sang ayah) menyuruh si anak turut serta memperbaiki peralatan elektronik rumah yang simple,dan menyuruh si anak agar berani belajar naik basikal, membawa mereka mendaki gunung, lomba lari.

Sedangkan ibu selalu hanya berfikir melindungi si anak, dan ketika si anak mengikuti beberapa program yang mengandung risiko serta suatu hal yang rumit, mereka (sang ibu) selalu merasa cemas atau khawatir si anak tidak hati-hati akan mengalami kemalangan, atau kepenatan.

Disemak dari pola pendidikan, umumnya ayah akan mendorong semangat si anak untuk berpfkir dan mengerjakannya sendiri, sedangkan ibu lebih suka membantu si anak mengerjakan hal yang dapat mereka kerjakan sendiri. Tuntutan irasional yang dikemukakan ayah terhadap si anak, umumnya lebih keras dalam bersikap, sedangkan ibu acap kali lemah lembut.

Apabila ayah membawa si anak berjalan-jalan, benda seperti makanan kecil jarang dilihat, sebaliknya kalau sang ibu membawa si anak jalan-jalan, yang sering dilihat makanan itu.

~Ini adalah hanya berdasarkan kajian, pada saya ada jua kebenarannya...ya jiwa ayah lebih keras berbanding ibu...apapun combination tarbiah ayah dan ibu menjadikan anak lebih cepat matang, lebih lagi cerdas dan insyaallah mampu untuk menilai sesuatu (berdikari) di zaman mereka ini. Sebagai ibubapa kita memberikan mereka 'bekalan' untuk mereka dalam 'perjalanan' kehidupan akan datang.

~ummunisamuhammad~

Wednesday, December 8, 2010

PANDUAN MEMBUDAYAKAN MEMBACA bersama KELUARGA

• Peruntukkan Masa Membaca Bersama Keluarga

Ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang tetap untuk membaca bersama keluarga umpamanya pada cuti hujung minggu. Peruntukan masa ini amat perlu untuk membolehkan ahli keluarga berkumpul bagi menyertai aktiviti membaca bersama dengan membaca bahan bacaan yang digemari sama ada buku, majalah, novel, kitab agama at au lain-lain bahan bacaan. Waktu membaca bersama ini boleh dimanfaatkan oleh ahli keluarga untuk berkongsi bahan bacaan di samping mendalami ilmu pengetahuan. Ibu bapa boleh berkongsi maklumat daripada bahan yang dibaca kepada anak-anak dan anak-anak pula boleh berkongsi bahan bacaan yang dibaca sesama ahli keluarga. Bagi menggalakkan suasana pembacaan,wujudkan ruang membaca yang selesa dan terang.

• Jadikan Sesi Bercerita Sebagai Amalan Sekeluarga

Ahli keluarga perlu terlibat sama dalam sesi bercerita bersama keluarga. Adakan sesi bercerita mengikut giliran dan jadikan sesi ini sebagai rutin dalam kehidupan seharian. Cerita boleh terdiri daripada cerita rakyat, cerita binatang, cerita agama
dan cerita-cerita yang boleh memberi pengajaran dan panduan yang berguna dalam kehidupan. Aktiviti ini akan menjadi lebih menarik sekiranya ibu bapa dapat memberikan cenderamata kepada anak-anak sebagai dorongan kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti bercerita. Ibu bapa juga perlu meluangkan sedikit masa untuk membaca kepada anak-anak. Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 15 minit ketika waktu lapang atau sebelum anak-anak tidur untuk membacakan cerita kepada mereka.

• Wujudkan Sudut Bacaan di Rumah

Amalan membaca sekeluarga amat berkesan dipraktikkan sekiranya diwujudkan sudut bacaan di rumah. Kumpulkan bahan-bahan bacaan keluarga dan tempatkan di sudut yang santai dan tenang. Lazimnya kebanyakan keluarga telah mempunyai bahan bacaan sendiri yang dibeli dari kedai buku atau pesta buku serta hadiah dari saudara mara atau kenalan. Bahan-bahan ini jika dikumpulkan dan disusun dengan sempurna bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh seluruh ahli keluarga, malah saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

• Bawa Buku ke Mana-mana

Amalkan membawa dan membaca buku bersama keluarga ketika berkelah, melancong, balik kampung atau ketika bercuti. Membaca merupakan cara terbaik untuk menghabiskan masa ketika dalam perjalanan sama ada semasa menaiki kereta, bas, kereta api, feri atau kapal terbang. Bacalah buku, majalah, novel, suratkhabar atau apa sahaja bahan bacaan yang sesuai. Isikan masa santai dengan membaca bersama ahli keluarga ketika berada di tepi pantai, tempat-tempat peranginan, perkelahan atau ketika berehat di hotel penginapan. Amalkan membaca tanpa mengira masa dan tempat.

• Kunjungi Perpustakaan, Kedai Buku dan Pesta Buku

Jadikan aktiviti mengunjungi perpustakaan, kedai buku dan pesta buku sebagai salah satu aktiviti utama keluarga. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mendaftar sebagai ahli di perpustakaan desa, sekolah, cawangan, Perpustakaan Awam Negeri atau lain-lain perpustakaan untuk membolehkan anggota keluarga meminjam buku. Ketika mengunjungi kompleks membeli belah, bawalah anak-anak mengunjungi kedai buku dan bantu mereka dalam membuat pemilihan bahan bacaan. Cara ini dapat melatih ahli keluarga untuk memilih bahan bacaan yang digemari dan mengikut kesesuaian. Kunjungi juga pes!a buku yang diadakan di tempat tinggal yang berdekatan bagi memupuk minat ahli keluarga kepada bahan bacaan dan seterusnya menggalakkan membaca.

• Hadiahkan Buku atau Bahan Bacaan Sempena Hari-hari Istimewa

Keluarga perlu mengubah pemberian hadiah sempena hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan, hari ibu atau hari bapa daripada berbentuk cenderamata kepada buku atau bahan bacaan bukan buku. Sekarang ini terdapat banyak buku dan bahan audio visual pembacaan di pasaran yang dihasilkan oleh penerbit-penerbit yang ternama. Banyak novel dan bahan ilmiah yang diterbitkan dalam bentuk cakera padat dan cakera video digital yang boleh dibaca, didengar dan ditonton serta boleh dikongsi bersama oleh ahli keluarga. Bahan-bahan bacaan ini boleh menyuburkan minat membaca ahli keluarga.

• Ibu Bapa Sebagai Individu Contoh Mengamalkan Membaca Kepada Anak-anak

Ibu bapa adalah contoh terbaik kepada anak-anak untuk mewujudkan budaya gemar membaca di kalangan ahli keluarga. Ibu bapa perlu terlebih dahulu mengamalkan membaca bagi membentuk sikap positif anak-anak kepada tabiat membaca terutamanya membaca bahan bacaan yang berkualiti dan bermaklumat. Sikap positif ini akan melahirkan ahli keluarga yang menghargai buku dan ilmu serta memastikan membaca untuk kemajuan diri dan keluarga.

• Adakan Aktiviti-aktiviti Sampingan Berkaitan Pembacaan

Minat membaca di kalangan keluarga boleh dipupuk dengan mengadakan aktiviti- ktiviti berkaitan pembacaan sebagai aktiviti sampingan bersama. Aktiviti yang ada
kaitan dengan pembacaan ialah kuiz keluarga, teka silang kata, teka kata, bina perkataan, kraf tangan mudah dan permainan yang menguji minda seperti dam, catur dan sahibba (scrabble). Adakan juga aktiviti permainan tradisional dan berbentuk pembelajaran seperti congkak dan batu seremban. Aktiviti ini akan menguji kemahiran, keupayaan berfikir dan pengetahuan daripada pembacaan meliputi perbendaharaan kata, bahasa, matematik dan pengetahuan am. Aktiviti-aktiviti sampingan ini akan merangsang minat ahli keluarga untuk lebih mendalami ilmu pengetahuan dan menjadikan membaca sebagai amalan.

Saturday, November 6, 2010

Bertaut Kembali...

Assalamualaikum w.r....

Alhamdulillah.....terlalu lama...ya amat lama rasanya, anak yang kecil dah pun meningkat setahun usianya, ibu yang tua semakin meningkat setahun jua usianya. Begitulah juga yang terjadi pada saya, setahun lebih rasanya saya tidak mengemaskinikan blog ini. Dengan pelbagai kekangan dan perkara yang terjadi selama setahun ini. Hidup ini memang penuh dengan ujian. Selagi hidup, selagi itu ujian tak berakhir..
Oh, namun itu bukanlah inti perbicaraan saya dengan membuka kembali 'taman' ini pada hari ini.
Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Humaira' ke-4. Alhmadulillah, selama setahun ini jugalah pelbagai perubahan yang saya kira besar dalam dirinya. Dah menginjak ke usia kanak-kanak dari zaman bayinya, menyebabkan dia lebih matang, dan pastinya saya berusaha untuk mengajarnya lebih matang dan berdikari sesuai dengan zamannya ini. Namun, padaNya jua saya sebagai ibu mengharap untuk Allah memberi petunjuk pada saya untuk mendidik Humaira' dan insyaallah juga adik-adiknya.

'Selamat Hari Jadi sayang....membesarlah dirimu dalam kasih umi dan abi, dewasalah dirimu dalam penjagaan dan pemeliharaan Allah, jua didikan yang benar dariNya...'

Tuesday, June 30, 2009

Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak-Anak Kita

Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, namun anggaplah ini sebagai ‘list to do’ untuk aktiviti yang patut kita lakukan hari ini. Semoga senarai ini juga dapat membantu yang lain diluar sana untuk beraktiviti bersama anak – anak.

1. Membaca untuk anak - anak

2. Meminta anak - anak membaca

3. Membaca/ menghafal/ mendengar bacaan Al Quran

4. Berlatih kemahiran matematik bersama

5. Menulis

6. Belajar/ mendalami Islam

7. Berbual

8. Aktiviti mendengar dan menulis

9. Belajar/ memahami Bahasa Arab

10. Menyelia dan mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan


1. Membaca untuk anak kita setiap hari

Kelebihan membaca untuk anak anda adalah:
•Kita akan mempunyai masa yang berkualiti bersama anak -anak, dan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka adalah penting bagi kita
•Ini membantu menambah perkataan – perkataan baru dalam kamus anak - anak
•Ini membantu anak – anak kita belajar menyebut perkataan dengan betul
•Aktiviti ini membantu anak – anak mempelajari lenggok bahasa, dimana perlu berhenti seketika, di mana perlu ditekankan
•Ianya membantu melatih kemahiran mendengar, tahap perhatian dan keupayaan untuk fokus pada diri anak – anak
•Ini membolehkan berlakunya perkembangan dalam pemahaman anak – anak terhadap dunia dengan memberikan pendedahan baru kepada mereka
•Ianya juga memberi peluang kepada anak – anak untuk bertanyakan soalan atau menyatakan pendapat dan pandangan mereka.
Teruskan membaca untuk anak – anak selagi mana mereka menunjukkan minat terhadap aktiviti ini.

Antara bahan yang boleh dibaca: buku cerita, Al Quran, Al Hadith, artikel, surat khabar

Tip: Pastikan berbincang selepas membacakan untuk mereka


2. Meminta anak – anak membaca


Kemahiran membaca adalah sama seperti kemahiran – kemahiran lain, perlukan latihan supaya untuk menguasainya

Membaca setiap hari adalah penting!

Bahan untuk dibaca anak – anak adalah bergantung kepada tahap umur masing – masing: Huruf, perkataan, ayat, perenggan, cerita, Al Hadith, Al Quran

Mintalah anak – anak kita membacakan untuk kita dan berilah semangat kepada mereka untuk terus membaca.

3. Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran

Semak kebersamaan kita dengan Al Quran setiap hari.
•Cuba untuk menghafal sesuatu yang baru setiap hari, walaupun hanya satu ayat.
•Mendengar bacaan Al Quran (mp3 player dan sebagainya)

4. Berlatih kemahiran matematik bersama.


Matematik ada di rumah kita. Jadi berlatih asas matematik bersama anak – anak adalah sesuatu yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama matematik adalah satu kemahiran yang penting. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti:
•Menyelesaikan soalan yang diberikan
•Bermain teka – teki matematik
•Kelas matematik
•Lebihkan fokus kepada aplikasi matematik yang mudah dan sememangnya digunakan dalam kehidupan harian seperti menyukat, menganggar, mengira dan menyelesaikan masalah. Cuba dapatkan matematik pada setiap ruang kita bersama dengan mereka!

5. Menulis
Minta anak – anak kita menulis setiap hari untuk memperbaiki tulisan mereka dalam masa yang sama mereka dapat menyatakan apa yang mereka rasa atau alami melalui tulisan.

Ada beberapa cadangan:
•Menyalin semula. Minta anak – anak menyalin semula huruf, nombor, perkataan, ayat, peranggan dari pelbagai sumber seperti buku, surat khabar, tanda isyarat, label, ayat Al Quran dan juga Hadith
•Minta mereka untuk membacakan semula apa yang telah mereka tulis
•Minta mereka menyalin senarai seperti barang keperluan dapur, senarai ke pasar raya, judul buku yang sudah di baca, nama adik beradik dan ahli keluarga.
•Anak – anak juga boleh diminta menulis surat .

6. Belajar/ mendalami Islam
•Ajarkan kepada anak – anak kita tentang konsep – konsep asas yang penting dalam Islam seperti rukun Islam dan rukun Iman.
•Mempraktikkan bacaan doa dan etika harian sebagai seorang muslim (semasa bangun tidur, hendak tidur, sebelum makan, semasa makan, selepas makan, keluar dan masuk bilik air, beri salam, bersin dan sendawa)
•Membuat praktikal solat bersama anak – anak (mengikut pada tahap anak – anak itu sendiri). Kalaupun tidak pada setiap hari, jadikan ini sebagai rutin mingguan supaya kita dapat memastikan mereka dapat belajar dan akhirnya mendirikan solat dengan betul.

7. Berbual
Masa makan adalah masa yang paling sesuai untuk berbicara dengan anak – anak. Luangkan masa untuk bercakap dengan anak – anak sejak mereka masih kecil lagi.

Jangan lupa menjaga beberapa perkara semasa berbual dengan mereka:
•Menjaga eye contact
•Jangan menyampuk
•Mendengar dengan perhatian
•Memberikan tindak balas atau respon yang sesuai
Pada pendapat saya, sekiranya anak – anak tersilap sebut, mereka perlu dibetulkan dengan lembut .

8. Aktiviti mendengar dan menulis


Tuliskan/ sediakan untuk anak – anak beberapa perkataan atau bahan untuk dibaca, kemudian kita menyalin apa yang dibacakan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara bergilir, dimana kita pula membaca kemudian anak – anak menulis apa yang dibacakan untuknya.
•Aktiviti ini boleh melatih kesemua empat kemahiran dalam bahasa iaitu menulis, membaca, bercakap dan mendengar
•Ianya membantu dalam melatih ingatan anak – anak.
•Kajian menunjukkan bahawa menulis apa yang didengar dapat merangsang perkembangan bahasa anak – anak.

9. Belajar/ memahami dan bercakap Bahasa Arab
Cuba untuk mempelajari bahasa Arab setiap hari, sama ada melalui kelas secara formal atau tidak formal dengan cuba berbual dalam bahasa ini antara satu sama lain. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran dan bahasa agama kita, oleh kerana itu bahasa ini amat penting untuk dipelajari.

10. Menyelia,mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan
Ini adalah perkara yang teramat penting untuk dititik beratkan. Kebersihan dan kekemasan mempengaruhi kesihatan kita dan juga kehidupan sosial kita. Anak – anak perlu dididik sedari kecil tentang kepentingan kebersihan dan melatih mereka untuk sukakan kebersihan. Ini bukanlah perkara yang sukar kerana pelbagai aktiviti harian ini boleh dilakukan dalam suasana yang ceria dan menarik.

Luangkan masa untuk mengawasi anak – anak kita dari segi kebersihan dan kekemasan semasa;
•Menggunakan bilik air
•Mandi
•Memberus gigi
•Makan
•Menyikat rambut
•Memotong kuku
Sekali sekala, lakukan aktiviti gotong royong bersama – sama untuk memupuk semangat menjaga kebersihan pada diri mereka. Aktiviti memasak bersama juga salah satu dari idea yang menarik untuk dicuba.

Adaptasi dari perkongsian Umm Ibrahim bint Milton