Ummu Nisa

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

Tuesday, March 31, 2009

CARA JEPUN MENDIDIK ANAK

Shicida Methods - Jadikan Anak Anda Pandai

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysiaialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikirmenggunakan otak kanan yangdiajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektifberbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbandingkelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayumampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakanserba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :
1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakappadanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,diabudak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dansebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedangbekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau merekas udah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkanbadannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cubapratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.
2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masaseminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akanbekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buatatau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anakanda main tanahliat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dansebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikananak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukisgambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruhanak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satulagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerjatangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.
4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otakkiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula kecara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
5) Cuba bina daya imaginasi merekadengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semulacerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkanmereka punya inisiatif untuk berimaginasi .
6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untukmengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidakperlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.
Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah diantara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apayang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cubaganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .
www.iluvislam.com

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home